Mengenai kami

HUBUNGI KAMI:

Sekiranya anda mempunyai cadangan, komen dan sebagainya mengenai COMBI Felda Kemelah
bolehlah menghubungi:-

Pengerusi
En. Abdul Wahab b. Mat Jusoh
COMBI Felda Kemelah
Pejabat Felda Kemelah
85040 Segamat, Johor.
Tel: 012-7878461


Yang Berhormat Datuk Ayub bin Rahmat
Exco Kesihatan & Alam Sekitar Negeri Johor
Pengerusi Jawatankuasa COMBI Negeri Johor



Logo COMBI Felda Kemelah




COMBI Felda Kemelah telah ditubuhkan pada 3 Julai 2011 dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ayub bin Rahmat selaku ADUN Kemelah.


Sijil Penubuhan



Sijil penubuhan COMBI Felda Kemelah dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Segamat dan telah ditandatangani oleh Dr. Hj. Mohtar Bin Pungut @ Hj. Ahmad.
Pakar Perubatan (Kesihatan Awam) Pegawai kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Segamat.



Kad ID COMBI FK








Program pemantapan COMBI Felda Kemelah

Butiran program: Tarikh: 20 JUN 2014.  Masa: 9 malam.  Tempat: Rumah UMNO FK





Apa itu COMBI ..?

PROGRAM COMBI

COMBI ialah singkatan bagi "COMmunication for Behavioural Impact" (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku) iaitu satu program menggunakan pendekatan komunikasi untuk mengubah tingkahlaku manusia.

Konsep telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan digunakan oleh beberapa buah negara dalam mencegah dan mengawal penyakit Tuberkulosis (TB), Kusta dan Filariasis.

Di Malaysia, pendekatan ini digunakan bagi mencegah dan mengawal penyakit Demam Denggi.

Dua Tingkahlaku yang diamalkan dalam program COMBI:

- Periksa dalam dan luar rumah setiap hujung minggu dan hapuskan
tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.

- Dapatkan rawatan segera di hospital/ klinik kesihatan sekiranya
demam dan mempunyai tanda-tanda demam denggi.


No comments:

Post a Comment